Jumaat, 21 April 2017

Jom Detox Dengan Lemon

Hi,

Ramai di kalangan kawan-kawan bertanya, kenapa yer.. walaupun saya dah minum kopi hijau sebagai 'booster' untuk membakar lemak badan, tapi badan saya masih tidak mahu susut beratnya?  Sistem badan saya tak sesuai dengan kopi hijau ke kak Na?  Pertanyaan dari kawan-kawan sebegini membuatkan saya tertanya-tanya dan mendorong saya mencari jawapannya.

Dari pembacaan, pemerhatian dan pengalaman saya, ada beberapa faktor yang menyebabkan badan kita berada dalam status 'plateau'; di mana berat badan tidak berganjak malah ada sesetengah keadaan; didapati berat mereka meningkat dari sasaran!  Haha, mahu tak panik?  Harapkan berat susut, tapi hasilnya berat badan meningkat!

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan berat badan kita di status quo @ tidak berganjak.
Antaranya adalah :

  • Jumlah tenaga @ kalori dari makanan yang diambil masih ditahap melebihi keperluan atau sama dengan keperluan tubuh badan.  Tiada berlaku Defisit Kalori.
  • Jenis senaman dan masa yang digunakan untuk senaman adalah sama; menyebabkan sistem tindakbalas badan menjadi lali @ 'ímmune'.  Keadaan ini menyebabkan; pembakaran lemak tidak berlaku dengan berkesan dan tiada penyusutan berat badan.
  • Badan menampung timbunan racun yang menjadi penghalang sistem badan menyerap zat makanan berfaedah yang sepatutnya berupaya menjadi penawar dan memberi manfaat kesihatan kepada tubuh badan.
Perkongsian saya kali ini adalah mengenai cadangan menyingkirkan timbunan racun dari badan kita. Kata lain adalah 'detox'.

Saya bentukkan info yang bermanfaat ini dalam sekeping 'slide' atau gambar yang boleh disimpan untuk rujukan pembaca.


Detox dengan Jus Lemon.

Seperti yang kita maklum, lemon membekalkan vitamin C yang bermanfaat untuk keperluan tubuh kita.  Dengan sebiji lemon setiap pagi, kita telah membantu sistem tubuh kita mendapatkan bekalan vitamin C dan meraih pelbagai manfaat darinya.  Lemon juga mampu berfungsi menyingkirkan mendapan sisa makanan lama yang bersifat racun dari usus kita.  Sifat asid dari jus lemon ini bekerja sebagai agen pencuci dan penyingkir yang cekap serta mengeluarkannya secara alami melalui pembuangan air kencing dan najis kita.

Bukan sahaja membantu penyingkiran racun dari perut dan usus kita, malah ia juga meluaskan kawasan pencucian di organ-organ dalaman tubuh termasuk salur jantung, salur darah, hati, paru-paru, ginjal, pundi kecing dan lain-lain.

Hasilnya, sistem tubuh dapat berfungsi dengan cekap dan berkesan, badan menjadi sihat, bebas racun, emosi stabil, awet muda dan kita menjadi aktif dan ceria.

Dari info di blog-blog dan laporan kesihatan; perahan lemon yang dicampur air panas; menghasilkan jus anti-oksidan yang mampu mencegah pembentukan sel kanser. Manakala kulit lemon yang direndam bersama air panas menghasilkan sifat alkali yang tidak memudharatkan mereka yang ada masalah gastrik untuk meminum jus lemon ini.  Cuma kaedah menyediakan jus lemon perlu sesuai dengan tujuan kita mengambil faedah dari jus lemon ini.

Jika tujuan kita menghasilkan Jus Lemon yang kaya dengan Vitamin C.. elakkan pati perahannya dicampur dengan air panas.  Air panas merosakkan zat vitamin yang ada di dalam jus ini.  

Jika tujuan kita menghasilkan Jus lemon anti-oksidan, pati perahannya perlu dicampur dengan air panas, dan rendamkan sekali kulit lemon agar kesannya berganda.

Kemudian, jus lemon yang disediakan bolehlaa diminum begitu sahaja atau dicampurkan sedikit madu untuk rasa yang sedikit manis.

Saya kongsikan sedikit lagi info menarik manfaat dari Jus Lemon :

  • Jus lemon mengecutkan pembengkakan dan tumor
  • Ekstrak Lemon melemahkan sel kanser ganas tapi tidak merosakkan sel normal
  • Asid Sitrik dan C.Polifenol yang terdapat di dalam jus lemon membantu menyesuaikan tekanan darah dan mencegah penyumbatan saluran darah serta mencairkan darah.
Penutup

Detox tubuh kita supaya usaha 'slimming' menjadi lebih mudah dan berkesan. 
Amalkan minum Jus Lemon setiap awal pagi.

Jangan lupa, senaman dan penjagaan pemakanan harian kita juga sangat penting diuruskan dengan baik demi memastikan usaha kita mencapai sasarannya!

Jom Detox!








Selasa, 11 April 2017

Jom Detox Hati dan Hempedu

Hi..

Hari ni saya nak kongsi maklumat tentang petua dan amalan kesihatan yang baik.  Fokus saya kali ini adalah tentang pengambilan makanan yang membantu kita membuang bahan beracun dan yang berpotensi memudharatkan kita.

Saya dahulukan dengan petua membuang Batu Hempedu.
Biasanya jika wanita berumur di antara 20 ke 60 tahun, penyakit batu hempedu mudah diidapi mereka.  

Dari pembacaan saya, Batu Hempedu ini terhasil kerana kita kurang meminum air kosong @ masak setiap hari.  Akibatnya proses penghazaman, pencernaan, perkumuhan dan lain-lain di dalam sistem badan kita menjadi kurang cekap.  Kekurangan sumber vitamin B6 juga menyumbang kepada masalah ini.  

Amalan gaya hidup sihat, pemakanan yang tinggi serat, senaman yang kerap dan mengurangi pengambilan gula dan garam dalam diet harian adalah kaedah terbaik untuk kita teruskan demi mengelakkan kita mendapat Batu Hempedu.

Petua membuang Batu Hempedu ini saya ringkaskan melalui sekeping slide yang boleh disalin dan disimpan untuk pembaca.  Saya juga akan menjadikan ianya panduan dan rujukan untuk saya gunakan dari masa ke semasa sebagai detox membuang batu hempedu saya agar hati saya tidak terbeban dengan masalah berkaitannya.

Petua ini elok diulang-ulang dua bulan sekali atau 3 bulan sekali atau 6 bulan sekali bergantung kepada kesihatan masing-masing.  Selamat mencuba..!



Rabu, 5 April 2017

MetaQueen .. jom kongsi kejayaan mereka

Hi....
Apakhabar hari ni?  Semoga kita semua di dalam perlindungan dan peliharaan Allah sentiasa.  Aamiin.

Sejak kopi hijau MGC di perkenalkan, ramai yang sudah mencuba dan mendapat manfaat kelebihan dari kopi hijau ini.

Rata-rata kegembiraan yang terserlah adalah penurunan berat badan dan penyusutan ukuran saiz badan.  Mana tidak gembiranya bila, pakaian lama yang tersimpan di dalam almari kini sudah boleh dipakai semula!  Tentulaa seronok kan?

Keyakinan berganda bila pergerakan aktif dan selesa. Penampilan juga semakin ceria dan bergaya.  Alahai,.. hati mana tidak gembira?

Kali ini saya nak berkongsi info tentang kawan saya dari Pulau Pinang yang berjaya mengurangkan berat badan beliau sehingga 8 kg hasil dari usaha beliau kembali menjalani gaya hidup sihat di samping ketekunan meminum kopi hijau MGC sebagai pemangkin kejayaan usaha!

Aktiviti beliau yang selalu berjalan menaiki kawasan berbukit, naik turun tangga, menjaga pemakanan sihat secara teratur dan berada di dalam kumpulan kawan-kawan whatsapp yang mempunyai tujuan yang sama; telah membantu beliau mempercepatkan proses penurunan berat badan secara enjoy, tanpa stress dan dalam masa singkat, berjaya...!

Ketara sekali dalam tempoh 2 ke 3 bulan sahaja; penyusutan saiz badan beliau begitu jelas dan beliau kini begitu aktif dan sihat. Malah lebih berkeyakinan, ceria dan sedia berkongsi idea dengan kawan-kawan lain untuk menjalani kehidupan cergas dan sihat.

Jesslina namanya..
Seorang wanita bekerjaya di sektor swasta, isteri yang prihatin dan ibu yang penyayang! Kini .. Jass berjaya menjadi wanita berketrampilan aktif, sihat dan lebih berkeyakinan.!!


Lihatlah.. Jelas ketara wajah beliau sebelum ini dan terkini!  Wajah yang sebelumnya berisi dan agak bulat, kini sudah agak memanjang dan membentuk huruf V.  Jass kini sangat gembira dapat menyarung semula simpanan pakaian-pakaian kesayangannya yang  sebelum ini terpaksa disimpan gara-gara sendat!  Selanjutnya, Jass juga perlu menempah pakaian baru yang sesuai dengan saiz badan terkini yang sudah mengecil.



Wah! Tengok tu...saiz badan Jass sebelum program 'slimming' dan juga lihatlah hasil dari program 'slimming' beliau.  Saya sendiri teruja dan seronok melihat kejayaan Jass mendisiplinkan dirinya secara istiqomah.  Hasilnya sangat memuaskan!  Kita semua sudah tentu boleh mengikuti jejak kejayaan Jass... Jangan lengah lagi...Jom!


Tahniah Jass...!!!
Semoga kawan-kawan  yang sedang membaca catatan ini sedia mengubah gaya hidup yang lebih aktif dan sihat serta kembali menjaga pemakanan dengan betul.  Jangan lupa dapatkan Kopi Hijau Metaburn+ @ MGC  yang menjadi pemangkin @ 'booster' program 'slimming' ini...!


Berminat untuk sertai kami di dalam kumpulan saling menyokong dan memberi semangat untuk kembali Slim dan Sihat?  Hubungi saya...Whatsapp Kakna : 010 407 6597...





Selasa, 28 Mac 2017

Jom Detox Dengan Jus Nenas

Hi..

Kali ni kita cuba pulak sediakan detox badan kita dengan Jus Nenas.

Saya dimaklumkan Jus Nenas ini sangat sesuai untuk menyingkirkan asid urik yang menyebabkan sakit gout.

Rasanya dah ramai yang mendapat info tentang kelebihan Jus Nenas ini.  Samada mengambilnya setiap hari dengan kuantiti sebanyak 1 cawan sehari atau menghabiskan semua Jus yang disediakan dengan ulangan minum 3 bulan sekali; ianya bergantung kepada keselesaan masing-masing.

Yang penting, sakit Gout dapat dihindari.

Okay, saya telah menyediakan sekeping gambar yang merangkumi bahan dan cara menyediakan Jus Nenas enak lagi bermanfaat besar ini untuk dirujuk atau disalin sebagai koleksi para pembaca.

Semoga semua kita mendapat faedah bersama, in shaa Allah.


Selamat mencuba...!

Khamis, 16 Mac 2017

Bakar Lemak Kita!


Sejak Bila Ya?

Sejak bila agaknya kita sedar badan kita dah bertambah dari ukuran yang sepatutnya? Dengan erti kata lain, sejak bila agaknya kita sedar bahawa kita dah gemuk?

Ramai yang tak perasan mereka telahpun melebihi berat badan unggul mereka. Tahu-tahu terasa pakaian yang sebelum ni selesa dan muat; kini dah mula ketat dan tak selesa dipakai.  Setiap kali terlibat dengan majlis keramaian atau majlis rasmi pejabat; ramai yang memilih untuk membeli pakaian baru.

Fesyen mengikut 'trend' dan yang pasti ialah saiznyer yang lebih padan dan selesa dipakai.  Lama kelamaan, koleksi baju semakin banyak dan menyesak di almari pakaian... ha ha ha...

Tidak mengata kat orang lain pun..
Pengalaman yang sama ini juga; saya lalui sebelum ini.  Pakain baru yang 'ready made' memang banyak ditawarkan di gedung pakaian masa ini dengan harga mampu milik. Malah ada juga kedai yang sedia menerima tempahan hari ini dengan jaminan siap keesokan harinya.  Kedai pakaian sebegini memang menjadi kegemaran dan pilihan saya! Mudah dan selesa dipakai walaupun badan terus berisi dan berisi dengan lemak!

Baju kurung teluk belanga, kurung riau, kebaya labuh, kurung moden sehinggalah kepada pelbagai jenis pakaian ala jubah yang cantik-cantik dan selesa dipakai dapat diperolehi secepatnya.

Tetapi Masalahnya Kenapa Biarkan Diri Gemuk dan Pakaian Perlu Diganti Baru?

Itulah yang sering bermain di minda saya apabila saban waktu pakaian yang dibeli sebelumnya ketat atau sudah tidak muat lagi untuk dipakai.  Membeli pakaian baru memang seronok, tetapi jika belanja dapat dijimatkan, sudah tentu boleh ditabungkan untuk tujuan lain yang lebih bermanfaat seperti penambahan koleksi emas peribadi ataupun melancong bersama keluarga dan kawan-kawan. Memikirkan tentang itu membuat saya mencari penyelesaian masalah kegemukan saya.

Pelbagai kaedah saya cuba sebagai usaha membakar lemak dibadan saya.  Jom ikuti apakah jenis usaha dan kaedah bakar lemak badan yang telah saya lakukan sebelum ini.

'Jogging dan Cycling'

Mulanya saya dipelawa oleh sepupu saya untuk sama-sama menyertai aktiviti senaman popular ini.. ianya mudah, tiada kos tambahan dan tidak memerlukan ruang khusus...

Saya menyahut pelawaannya dan menyertai beliau jogging dan kadang-kadang berbasikal selama 60 ke 90 minit bagi satu sesi senaman.

Kesannya saya berpeluh dan memang terasa lebih cergas dan sihat. Tetapi kekerapan untuk ada masa ber jogging dan berbasikal pula menjadi halangan saya.  Almaklum, saya berkerja dan tiba ke rumah dah lewat petang.  Hanya pada hari cuti dan hujung minggu sahaja, saya berpeluang untuk melakukan aktiviti kecergasan fizikal begini.

Apabila beban kerja pejabat bertambah, kerja rumah juga banyak yang belum beres; peluang masa pada hari cuti dan hujung minggu dipenuhi dengan menyiapkan kerja-kerja tertangguh.  Baik kerja rumah sehinggalah kepada menyempurnakan kerja-kerja pejabat.

Saya selalu terlepas peluang masa untuk jogging dan cycling. Saya putus asa untuk memiliki tubuh 'slim' melalui aktiviti ini. Alahai....

Zumba

Sekali lagi sepupu saya mempelawa saya untuk mengikut dia melakukan aktiviti kecergasan fizikal melalui zumba.  Kali ini saya melihat peluang berzumba mungkin lebih berkesan kerana ianya dilakukan pada waktu malam iaitu sekitar jam 8 ke 9 malam.

Saya sekali lagi menyahut pelawaan sepupu saya untuk berzumba bersama 15 ke 20 orang kawan-kawan perempuan yang lain.  Memang menyeronokkan dapat menari dan berpeluh membakar lemak badan.  Cuma badan saya yang agak besar menghadkan pergerakan saya.  Tak mampu melompat dan menari dengan aktif dan yang paling kelakar, saya sering tercungap-cungap!

Zumba membuatkan saya lebih sihat dan cergas.  Cuma apabila guru zumba berpindah studio yang jaraknya 50 km dari lokasi asal, aktiviti zumba saya terhenti di situ.  Saya kembali kepada rutin lama; memenuhi masa di hadapan tv atau pun menyiapkan kerja rumah.  Haha, peluang memasak makanan kegemaran terbuka semula dan hobi mengunyah kembali menyapa!

Diet

Pilihan mengambil pil diet dan ubatan herba juga menjadi pilihan saya sebelum ini.  Bermula dari Total Image, Jamu Nona Roguy, maajun, serbuk dan air akar kayu dan macam-macam lagi pernah saya cuba.  Semuanya adalah sebagai usaha saya untuk membakar lemak badan.

Sebahagian makanan tambahan di dalam program diet sepertinya menjadi pengganti makanan asas harian kita.  Kita dipantangkan dari mengambil makanan bersumberkan karbohirat, makanan berlemak dan manis selebihnya hanya boleh menjamah makanan dalam kuantiti yang sedikit sahaja. Dalam tempoh seminggu, saya mampu menjalani diet sebegini.  Namun apabila masa berpantang dilanjutkan dari seminggu kepada sebulan dan seterusnya. Saya mula merasa bosan.

Begitu juga Diet Atkin.  Saya pernah susut berat badan sebanyak 4 kg dalam tempoh sebulan semasa saya mengamalkan Diet Atkin.  Tetapi selepas 2 bulan melaluinya, saya rasa agak tertekan dan tidak ceria.  Kadang-kadang terasa letih yang berlebihan dan yang paling sedih saya perlu pantang nasi yang selama ini adalah makanan asasi saya.

Apa yang boleh saya nyatakan ialah; saya rindu makanan kegemaran saya iaitu nasi!...  Saya boleh berpantang dari sudut kuantiti pengambilan tapi saya tidak mampu berpantang dengan melupakan terus makanan kegemaran saya itu...!!

Kopi Hijau

Kopi Hijau adalah pilihan terakhir saya bila saya terbaca tentang kelebihan kopi hijau ini di internet.
Kopi Hijau mendorong saya untuk mencuba dan kali ini saya percaya saya akan berjaya.

Kenapa saya kata begitu?

Suami saya adalah peminat kopi hitam tegar.. Bayangkan dia boleh minum lebih 10 mug kopi hitam panas dalam sehari..  Tidak pernah jemu malah setia membancuh sendiri minuman kegemarannya seawal pagi mahupun lewat malam.  Dia juga akan membawa bekal kopi panas kegemarannya untuk diminum di dalam perjalanan jauh.  Apa yang saya perhatikan... dia tidak pernah gemuk.  memiliki saiz badan ideal sepanjang saya kenal dengannya sehingga kini!

Saya terfikir pasti ada kelebihan pada kopi yang membuatkan suami saya tidak pernah gemuk walaupun tidak pernah meninggalkan nasi dan hidangan protin setiap kali dia mengambil makanan berat.

Apabila saya tinjau keluarganya, jelas saya dapati; yang mana meminati kopi sebagai minuman harian mereka, saiz badan kekal dalam saiz ideal manakala yang mengemari teh dan minuman selain kopi; saiz badan agak besar dan ada juga yang gemuk!

Di sini; terdetik di dalam hati.. pasti kopi memiliki kelebihan tersendiri yang mampu mengekalkan saiz badan unggul  @ ideal kepada peminumnya.  Maka apabila diperkatakan dengan hebat kopi hijau yang asalnya dari biji kopi yang sama dengan kopi hitam tetapi dipanggang tidak sampai garing; mampu membekalkan asid klorogenik yang berupaya membakar lemak badan sangat kuat meyakinkan saya akan kebenaran faktanya!

Saya tidak lengah lagi menghubungi pembekal kopi hijau untuk menikmati sendiri kelebihan dan faedahnya... Alhamdulillah selepas 2 bulan meminum kopi hijau, berat badan saya susut 3 kg!  Saya sangat gembira dan kali ini saya lebih yakin sekiranya saya menjaga pemakanan saya dan melakukan senaman dengan betul, saya akan mampu mengembalikan saiz badan unggul saya!

Setiap minggu saya menimbang berat dan memang sangat mengujakan... angka timbangan terus menyusut dan menyusut!  Wah...... seronok sangat-sangat!!!

Kopi Hijau... ! Saya Berjaya Kali in....!!!
Syukur Alhamdulillah....


JANGAN BERLENGAH UNTUK KEMBALI KURUS DAN SIHAT!





Isnin, 6 Mac 2017

Pilih Kopi Hijau Yang Berkualiti dan Berkesan!

Pengenalan

Kopi Hijau berkualiti pastinya mampu memberi kepuasan citarasa kepada pengguna.  Pada masa ini terdapat pelbagai jenis kopi hijau yang dipasarkan bertujuan memenuhi keperluan pengguna untuk mengurangkan berat badan, menghapuskan status obes malah juga beberapa faedah lain yang boleh didapati secara pakej sampingan dari kopi hijau ini.

Merujuk kepada kajian Dr. Joe Vinson dari University of Scranton, di Pennsylvania; bahan yang terdapat di dalam biji kopi yang dikenali sebagai Chrologenic Acid amat berkesan untuk:

  • Penurunan berat badan
  • Meningkatkan metabolisme
  • Pembakaran karbohidrat dan lemak
  • Menghalang tubuh menyerap kalori
  • Menurunkan tekanan darah
  • Menstabilkan kadar gula dalam darah
  • Meningkatkan tenaga


Rupa Kopi Hijau

Kopi hijau yang dipasarkan kepada pengguna meliputi pelbagai rupabentuk bermula dari bijian segar kepada yang telah diproses dan diolah untuk ditawarkan dan dipasarkan kepada pengguna.

Bermula dari bentuk kekacang, serbuk kopi, ekstrak serbuk kopi malah ada juga yang disediakan dalam bentuk minuman sedia untuk diminum.  Kesemua persembahan tawaran adalah disediakan bertujuan memenuhi keperluan dan citarasa pengguna.

Perbezaan Kualiti Kopi Hijau

Kopi hijau yang dipanggang dalam suhu yang stabil melalui proses yang 'standard' dan mengutamakan kebersihan dan kesucian di peringkat pengilangan dan dibungkuskan secara berkualiti memberi kesan positif dan ketara secara jangka panjang kepada pengguna.

Campuran bahan tambahan lain yang diaduk agar kelihatan campuran kopi hijau mereka kelihatan lebih hebat sebenarnya telah tersasar dari tujuan sebenar keperluan kita terhadap kopi hijau iaitu mendapatkan sumber asid klorogenik yang kita perlukan. Pilihlah kopi hijau yang disediakan khusus untuk memberi kita sukatan asid klorogenik yang mencukupi keperluan harian kita.  Jangan terpedaya dengan pelbagai tawaran yang membuat kita tersasar dari tujuan asal untuk mendapatkan faedah dari kopi hijau!

Pada masa ini; majoriti pengguna sentiasa kesuntukan waktu dalam mengejar kesempurnaan tugas dan aktiviti harian mereka.  Faktor kesibukan telah menyebabkan pengguna cenderung memilih produk makanan yang segera dan ringkas malah yang mudah disediakan.  Pengguna bijak tidak mengenepikan soal kualiti dan keselamatan makanan yang mereka ambil.  Perhatikan label yang diletak pada bungkusan makanan dan minuman segera yang dipilih. Ambil peduli demi kesihatan dan keselamatan diri!

Justeru, saya sarankan supaya anda menjadi pengguna bijak lagi prihatin terhadap produk yang bakal masuk ke dalam tubuh anda; keprihatinan inilah yang menjamin kesihatan badan anda dapat dikekalkan secara berterusan. Utamakan kualiti, kebersihan dan kesucian proses kopi hijau yang anda pilih hari ini.  Jadilah pengguna yang bijak!

Pilihlah Kopi Hijau metaBURN+



Komen saya tentang Kopi Hijau metaBURN+;

Saya adalah penggemar Kopi Hijau metaBURN+ ni.  Sebab utama adalah kerana rasanya yang sedap menepati citarasa kopi idaman saya.  Kopi ini disediakan dalam bentuk serbuk campuran 3 dalam 1 dan dibungkuskan di dalam peket ringkas serta mudah di bawa ke mana-mana.

Kopi hijau metaBURN+ ini sesuai diminum panas atau ditambah ais.  Apa yang ketara, kopi hijau metaBURN+ atau nama singkatan MGC yang telah diproses secara berkualiti ini adalah mematuhi piawaian standard pemprosesannya.  Ia juga telah mendapat kelulusan Halal JAKIM.  Inilah faktor yang membuatkan saya rasa lebih yakin akan kualiti dan kesucian pengeluaran kopi ini.

Seronokkan bila kita tahu makanan atau minuman yang masuk ke perut kita berkualiti, bersih dan suci!  Alhamdulillah... Terima kasih MGC...

Wah! Saya seronok dengan faedah yang saya dapat dari Kopi Hijau metaBURN+ ini....

Seronoknyer....!!!
Saya dah berjaya kurangkan berat badan dan ukurlilit badan saya. Wah! Bukan senang dapat faedah berganda sebegini kan? Dah laa rasa kopinya sedap, penyediaannya ringkas, malah...... setiap bulan sejak saya minum kopi ini; purata susut berat badan saya ialah sekitar 1.3 kg!... Suka sangat-sangat... Syukur Ya Allah..

Akhirnya saya temui juga sumber makanan (minuman) diet yang saya enjoy menikmatinya tetapi berkesan memberi pulangan kesihatan yang baik serta penampilan diri yang lebih meyakinkan kepada saya! Alhamdulillah..

Kawan-kawan dan pembaca budiman; Minumlah Kopi Hijau metaBURN+ @ MGC setiap hari!  Kongsi dengan saya pengalaman kesan hebatnya yang anda dapati...

Cadangan waktu minum MGC yang sesuai ialah dengan mengambilnya 20 ke 30 minit sebelum sarapan pagi dan sebelum makan malam.  Jom kurus sama-sama...


Walaupun saya belum mencapai ukuran berat unggul saya; namun saya merasa gembira dan puas hati melihat perubahan baik diri saya kini.  Saya masih giat berusaha untuk mengurangkan lagi berat badan demi mencapai berat unggul sasaran.  MGC di hati... Kejayaan dinanti..  In shaa Allah.


Minat untuk minum Kopi Hijau dan sihat?

Whatsapp saya : 

Manalagi @ KakNa : +6010 407 6597
Saya uruskan penghantaran segera melalui Pos..!

Harga tawaran kini RM135/set @ 28 sachets.
Kos pos RM10 di atas permintaan pengguna.






Khamis, 2 Mac 2017

Hidup Sihat Memang Seronok ..

Hai...

Hari ni nak kongsi cerita lawatan ke tempat tanaman rumpai laut di Tawau.  Bukan pergi ladang besar pun, hanya sekadar meninjau potensi untuk membuat pelaburan di dalam usaha tanaman rumpai laut.

Iyalah, seiring dengan maklumat terkini menyatakan bahawa; salah satu sumber kolagen semulajadi di dalam produk kesihatan dan kecantikan adalah datangnya dari rumpai laut. Makanya, lawatan ini pastinya membuatkan kami teruja untuk melihat sendiri usaha tanaman rumpai laut ini secara dekat. Tujuan asal perjalanan kami ke Tawau sebenarnya adalah untuk melihat potensi pelaburan ternakan ikan laut dalam sangkar, namun atas pelawaan rakan kerja di sana, peluang yang ditawarkan untuk melawat projek tanaman rumpai laut.tidak kami lepaskan.  Alang-alang dah sampai ke Tawau kan?

Jom kita ikuti sesi lawatan saya pada waktu itu.  Saya masukkan dua keping gambar rumpai laut segar yang sempat saya rakamkan dengan kemudahan telefon tangan semasa lawatan tersebut.




Perjalanan pagi itu memang begitu lancar sekali.  Dari hotel selepas sarapan, kami bergerak dengan kenderaan yang disediakan oleh rakan Tawau kami.

Dari hotel penginapan itu kami bergerak terus ke jeti dan menaiki bot yang telahpun menanti kami. Saya difahamkan bot ini telah ditempah sewa oleh rakan sehari sebelum perjalanan kami ini.  Udara pagi semasa lawatan masih sejuk dan nyaman.  Pemandangan air laut yang biru kehijauan dengan langit yang cerah memang membuatkan kami teruja menikmati perjalanan pagi yang sungguh aman dan ceria ini.

   

Dari laut, saya sempat merakamkan foto penempatan penduduk Tawau di persisir pantainya.  Air laut yang berwarna biru pekat menunjukkan kedalamannya yang membuatkan saya cepat-cepat mengemaskan tali jeket keselamatan yang dipakai sejak di jeti sebelumnya tadi.

 Ah! Malang tak berbau.. lebih baik saya bersedia dengan keselamatan yang termampu.  Dalam benak sempat mengimbau pelajaran renang dan keselamatan di air yang dipelajari dari Kapten Ibrahim semasa zaman belajar dulu.. haha.. saya tersenyum sendirian kerana kelas praktikal berenang di kolam mandi selalu saya ponteng, gara-gara segan memakai pakaian mandi yang ketika itu belum ada disediakan jenis muslimah! Hmmm... nasiblaa apabila keputusan bagi kursus itu saya hanya mampu meraih gred B sahaja..!

Semoga perjalanan pergi balik kami kali ini lancar dan selamat.. In shaa Allah.

   

 
                   

Setibanya kami di kawasan projek tanaman rumpai laut, bot dihentikan dan kami berapung sambil berpeluang mengambil gambar dan melihat sendiri tanaman rumpai laut yang diusahakan. 

Khabarnya projek tanaman rumpai laut ini diusahakan oleh satu keluarga yang tinggal di rumah pelantar di dalam kawasan tanaman berkenaan.  Mungkin sekali sekala keluarga ini pulang ke tanah besar untuk mendapatkan keperluan makanan dan lain-lain.

                



Kelihatan botol-botol air mineral kosong yang digunakan sebagai pengapung bagi tali sidaian rumpai laut.  Memang bak saujana mata memandang, barisan tali dan botol pengapung berada penuh meluas di pandangan mata di sekitar bot yang kami naiki.

Kami juga dipelawa melihat pelantar di mana mereka gunakan untuk mengeringkan rumpai laut yang telah dituai. Proses pengeringan dan penyimpanan yang baik adalah di antara proses asas dalam melengkapkan penyediaan rumpai laut kering untuk proses selanjutnya.

Wah! Boleh tahan panasnya suhu dan udara di atas pelantar ni..!  Mahu kekeringan kita macam ikan kering kalau berada lama di sini..  Nasib baik bayu laut yang tak jemu berhembus, mampu sekali sekala memberi kenyamanan rasa kepada kami.  Patutla pengusaha rumpai melakukan kerja-kerja pembersihan dan pengasingan rumpai laut di bawah teduhan...panasnya....alahai...

            


Saya masukkan juga beberapa keping foto bagaimana rupa rumpai laut yang separa kering untuk kita kongsi melihatnya secara dekat.  Cantikkan warnanyer?  Hijau keunguan..

  

Sebelum kami bergerak balik, kami sempat bergaya untuk foto kenangan kami di pelantar pengeringan rumpai laut yang diusahakan ini.

              


Pada masa foto ini diambil, saya yang bertubuh besar ini selalu mengambil posisi di belakang kawan-kawan lain.  Hahaha... begitulah nasib bila obes, kita akan sentiasa kelihatan ketara besarnya dari kawan-kawan lain bila foto dihasilkan..!  Apa-apa pun perjalanan ke projek rumpai laut ini memang mampu mencatatkan memori perjalanan indah buat saya.

            

Pengajaran Yang Saya Dapati Dan Saya Giat MengubahNya!

Kesan dari mengimbas kembali foto-foto lama; saya bernekad untuk berusaha menguruskan badan dan menjalani gaya hidup sihat yang sebenar. Saya tak mahu lagi menyorok diri bila bergaya untuk rakaman foto bersama kawan-kawan.  Saya ingin kembali langsing dan kelihatan tidak obes... Aduhai.. hahahaha....

Apa-apapun...

Saya tetap bersyukur kerana masih berupaya menjalani kehidupan aktif sebegini..! Seronoknyer melalui kehidupan sihat.  Betul bukan kata-kata saya seperti mana tajuk catatan saya?
Hidup Sihat Memang Seronok.... Alhamdulillah...

JOM KITA MINUM metaBURN+ Green Coffee...

Pada masa catatan ini saya coretkan.. saya sudah berjaya turunkan berat badan saya sebanyak 7 kg!
Saya masih sedang giat untuk turunkan berat badan saya agar mampu mencapai berat ideal saya.. semoga usaha saya berjaya.. in shaa Allah!

Sedikit perkongsiaan tentang Kopi Hijau metaBURN+


 

          

Setiap pagi kopi hijau ini sudah menjadi rutin sarapan saya.  Rasanya memang sedap dan saya seronok kerana ianya mudah disediakan malah ianya dibungkus di dalam campuran 3 dalam 1 yang memudahkan saya membawanya ke mana-mana.

Ayuh mencuba dan lihat hasilnya yang mengujakan! TERBAIK....

  


Minat untuk minum Kopi Hijau dan sihat?

Whatsapp saya : 

Manalagi @ KakNa : +6010 407 6597
Saya uruskan penghantaran segera melalui Pos..!