Hi..
Hari ni saya nak kongsi maklumat tentang petua dan amalan kesihatan yang baik. Fokus saya kali ini adalah tentang pengambilan makanan yang membantu kita membuang bahan beracun dan yang berpotensi memudharatkan kita.
Saya dahulukan dengan petua membuang Batu Hempedu.
Biasanya jika wanita berumur di antara 20 ke 60 tahun, penyakit batu hempedu mudah diidapi mereka.
Dari pembacaan saya, Batu Hempedu ini terhasil kerana kita kurang meminum air kosong @ masak setiap hari. Akibatnya proses penghazaman, pencernaan, perkumuhan dan lain-lain di dalam sistem badan kita menjadi kurang cekap. Kekurangan sumber vitamin B6 juga menyumbang kepada masalah ini.
Amalan gaya hidup sihat, pemakanan yang tinggi serat, senaman yang kerap dan mengurangi pengambilan gula dan garam dalam diet harian adalah kaedah terbaik untuk kita teruskan demi mengelakkan kita mendapat Batu Hempedu.
Petua membuang Batu Hempedu ini saya ringkaskan melalui sekeping slide yang boleh disalin dan disimpan untuk pembaca. Saya juga akan menjadikan ianya panduan dan rujukan untuk saya gunakan dari masa ke semasa sebagai detox membuang batu hempedu saya agar hati saya tidak terbeban dengan masalah berkaitannya.
Petua ini elok diulang-ulang dua bulan sekali atau 3 bulan sekali atau 6 bulan sekali bergantung kepada kesihatan masing-masing. Selamat mencuba..!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan