Sejak Bila Ya?
Sejak bila agaknya kita sedar badan kita dah bertambah dari ukuran yang sepatutnya? Dengan erti kata lain, sejak bila agaknya kita sedar bahawa kita dah gemuk?
Ramai yang tak perasan mereka telahpun melebihi berat badan unggul mereka. Tahu-tahu terasa pakaian yang sebelum ni selesa dan muat; kini dah mula ketat dan tak selesa dipakai. Setiap kali terlibat dengan majlis keramaian atau majlis rasmi pejabat; ramai yang memilih untuk membeli pakaian baru.
Fesyen mengikut 'trend' dan yang pasti ialah saiznyer yang lebih padan dan selesa dipakai. Lama kelamaan, koleksi baju semakin banyak dan menyesak di almari pakaian... ha ha ha...
Tidak mengata kat orang lain pun..
Pengalaman yang sama ini juga; saya lalui sebelum ini. Pakain baru yang 'ready made' memang banyak ditawarkan di gedung pakaian masa ini dengan harga mampu milik. Malah ada juga kedai yang sedia menerima tempahan hari ini dengan jaminan siap keesokan harinya. Kedai pakaian sebegini memang menjadi kegemaran dan pilihan saya! Mudah dan selesa dipakai walaupun badan terus berisi dan berisi dengan lemak!
Baju kurung teluk belanga, kurung riau, kebaya labuh, kurung moden sehinggalah kepada pelbagai jenis pakaian ala jubah yang cantik-cantik dan selesa dipakai dapat diperolehi secepatnya.
Itulah yang sering bermain di minda saya apabila saban waktu pakaian yang dibeli sebelumnya ketat atau sudah tidak muat lagi untuk dipakai. Membeli pakaian baru memang seronok, tetapi jika belanja dapat dijimatkan, sudah tentu boleh ditabungkan untuk tujuan lain yang lebih bermanfaat seperti penambahan koleksi emas peribadi ataupun melancong bersama keluarga dan kawan-kawan. Memikirkan tentang itu membuat saya mencari penyelesaian masalah kegemukan saya.
Pelbagai kaedah saya cuba sebagai usaha membakar lemak dibadan saya. Jom ikuti apakah jenis usaha dan kaedah bakar lemak badan yang telah saya lakukan sebelum ini.
'Jogging dan Cycling'
Mulanya saya dipelawa oleh sepupu saya untuk sama-sama menyertai aktiviti senaman popular ini.. ianya mudah, tiada kos tambahan dan tidak memerlukan ruang khusus...
Saya menyahut pelawaannya dan menyertai beliau jogging dan kadang-kadang berbasikal selama 60 ke 90 minit bagi satu sesi senaman.
Kesannya saya berpeluh dan memang terasa lebih cergas dan sihat. Tetapi kekerapan untuk ada masa ber jogging dan berbasikal pula menjadi halangan saya. Almaklum, saya berkerja dan tiba ke rumah dah lewat petang. Hanya pada hari cuti dan hujung minggu sahaja, saya berpeluang untuk melakukan aktiviti kecergasan fizikal begini.
Apabila beban kerja pejabat bertambah, kerja rumah juga banyak yang belum beres; peluang masa pada hari cuti dan hujung minggu dipenuhi dengan menyiapkan kerja-kerja tertangguh. Baik kerja rumah sehinggalah kepada menyempurnakan kerja-kerja pejabat.
Saya selalu terlepas peluang masa untuk jogging dan cycling. Saya putus asa untuk memiliki tubuh 'slim' melalui aktiviti ini. Alahai....
Zumba
Sekali lagi sepupu saya mempelawa saya untuk mengikut dia melakukan aktiviti kecergasan fizikal melalui zumba. Kali ini saya melihat peluang berzumba mungkin lebih berkesan kerana ianya dilakukan pada waktu malam iaitu sekitar jam 8 ke 9 malam.
Saya sekali lagi menyahut pelawaan sepupu saya untuk berzumba bersama 15 ke 20 orang kawan-kawan perempuan yang lain. Memang menyeronokkan dapat menari dan berpeluh membakar lemak badan. Cuma badan saya yang agak besar menghadkan pergerakan saya. Tak mampu melompat dan menari dengan aktif dan yang paling kelakar, saya sering tercungap-cungap!
Zumba membuatkan saya lebih sihat dan cergas. Cuma apabila guru zumba berpindah studio yang jaraknya 50 km dari lokasi asal, aktiviti zumba saya terhenti di situ. Saya kembali kepada rutin lama; memenuhi masa di hadapan tv atau pun menyiapkan kerja rumah. Haha, peluang memasak makanan kegemaran terbuka semula dan hobi mengunyah kembali menyapa!
Diet
Pilihan mengambil pil diet dan ubatan herba juga menjadi pilihan saya sebelum ini. Bermula dari Total Image, Jamu Nona Roguy, maajun, serbuk dan air akar kayu dan macam-macam lagi pernah saya cuba. Semuanya adalah sebagai usaha saya untuk membakar lemak badan.
Sebahagian makanan tambahan di dalam program diet sepertinya menjadi pengganti makanan asas harian kita. Kita dipantangkan dari mengambil makanan bersumberkan karbohirat, makanan berlemak dan manis selebihnya hanya boleh menjamah makanan dalam kuantiti yang sedikit sahaja. Dalam tempoh seminggu, saya mampu menjalani diet sebegini. Namun apabila masa berpantang dilanjutkan dari seminggu kepada sebulan dan seterusnya. Saya mula merasa bosan.
Begitu juga Diet Atkin. Saya pernah susut berat badan sebanyak 4 kg dalam tempoh sebulan semasa saya mengamalkan Diet Atkin. Tetapi selepas 2 bulan melaluinya, saya rasa agak tertekan dan tidak ceria. Kadang-kadang terasa letih yang berlebihan dan yang paling sedih saya perlu pantang nasi yang selama ini adalah makanan asasi saya.
Apa yang boleh saya nyatakan ialah; saya rindu makanan kegemaran saya iaitu nasi!... Saya boleh berpantang dari sudut kuantiti pengambilan tapi saya tidak mampu berpantang dengan melupakan terus makanan kegemaran saya itu...!!
Kopi Hijau
Kopi Hijau adalah pilihan terakhir saya bila saya terbaca tentang kelebihan kopi hijau ini di internet.
Kopi Hijau mendorong saya untuk mencuba dan kali ini saya percaya saya akan berjaya.
Kenapa saya kata begitu?
Suami saya adalah peminat kopi hitam tegar.. Bayangkan dia boleh minum lebih 10 mug kopi hitam panas dalam sehari.. Tidak pernah jemu malah setia membancuh sendiri minuman kegemarannya seawal pagi mahupun lewat malam. Dia juga akan membawa bekal kopi panas kegemarannya untuk diminum di dalam perjalanan jauh. Apa yang saya perhatikan... dia tidak pernah gemuk. memiliki saiz badan ideal sepanjang saya kenal dengannya sehingga kini!
Saya terfikir pasti ada kelebihan pada kopi yang membuatkan suami saya tidak pernah gemuk walaupun tidak pernah meninggalkan nasi dan hidangan protin setiap kali dia mengambil makanan berat.
Apabila saya tinjau keluarganya, jelas saya dapati; yang mana meminati kopi sebagai minuman harian mereka, saiz badan kekal dalam saiz ideal manakala yang mengemari teh dan minuman selain kopi; saiz badan agak besar dan ada juga yang gemuk!
Di sini; terdetik di dalam hati.. pasti kopi memiliki kelebihan tersendiri yang mampu mengekalkan saiz badan unggul @ ideal kepada peminumnya. Maka apabila diperkatakan dengan hebat kopi hijau yang asalnya dari biji kopi yang sama dengan kopi hitam tetapi dipanggang tidak sampai garing; mampu membekalkan asid klorogenik yang berupaya membakar lemak badan sangat kuat meyakinkan saya akan kebenaran faktanya!
Saya tidak lengah lagi menghubungi pembekal kopi hijau untuk menikmati sendiri kelebihan dan faedahnya... Alhamdulillah selepas 2 bulan meminum kopi hijau, berat badan saya susut 3 kg! Saya sangat gembira dan kali ini saya lebih yakin sekiranya saya menjaga pemakanan saya dan melakukan senaman dengan betul, saya akan mampu mengembalikan saiz badan unggul saya!
Setiap minggu saya menimbang berat dan memang sangat mengujakan... angka timbangan terus menyusut dan menyusut! Wah...... seronok sangat-sangat!!!
Kopi Hijau... ! Saya Berjaya Kali in....!!!
Syukur Alhamdulillah....
JANGAN BERLENGAH UNTUK KEMBALI KURUS DAN SIHAT!
Emperor Casino | Shootercasino Casino
BalasPadamEmperor Casino. Get in touch 제왕 카지노 with us today to talk about 1xbet your favorite games at the best real money casino in the Philippines. Play online casino games and get septcasino a