Hai...
Hari ni nak kongsi cerita lawatan ke tempat tanaman rumpai laut di Tawau. Bukan pergi ladang besar pun, hanya sekadar meninjau potensi untuk membuat pelaburan di dalam usaha tanaman rumpai laut.
Iyalah, seiring dengan maklumat terkini menyatakan bahawa; salah satu sumber kolagen semulajadi di dalam produk kesihatan dan kecantikan adalah datangnya dari rumpai laut. Makanya, lawatan ini pastinya membuatkan kami teruja untuk melihat sendiri usaha tanaman rumpai laut ini secara dekat. Tujuan asal perjalanan kami ke Tawau sebenarnya adalah untuk melihat potensi pelaburan ternakan ikan laut dalam sangkar, namun atas pelawaan rakan kerja di sana, peluang yang ditawarkan untuk melawat projek tanaman rumpai laut.tidak kami lepaskan. Alang-alang dah sampai ke Tawau kan?
Jom kita ikuti sesi lawatan saya pada waktu itu. Saya masukkan dua keping gambar rumpai laut segar yang sempat saya rakamkan dengan kemudahan telefon tangan semasa lawatan tersebut.
Perjalanan pagi itu memang begitu lancar sekali. Dari hotel selepas sarapan, kami bergerak dengan kenderaan yang disediakan oleh rakan Tawau kami.
Dari hotel penginapan itu kami bergerak terus ke jeti dan menaiki bot yang telahpun menanti kami. Saya difahamkan bot ini telah ditempah sewa oleh rakan sehari sebelum perjalanan kami ini. Udara pagi semasa lawatan masih sejuk dan nyaman. Pemandangan air laut yang biru kehijauan dengan langit yang cerah memang membuatkan kami teruja menikmati perjalanan pagi yang sungguh aman dan ceria ini.
Dari laut, saya sempat merakamkan foto penempatan penduduk Tawau di persisir pantainya. Air laut yang berwarna biru pekat menunjukkan kedalamannya yang membuatkan saya cepat-cepat mengemaskan tali jeket keselamatan yang dipakai sejak di jeti sebelumnya tadi.
Ah! Malang tak berbau.. lebih baik saya bersedia dengan keselamatan yang termampu. Dalam benak sempat mengimbau pelajaran renang dan keselamatan di air yang dipelajari dari Kapten Ibrahim semasa zaman belajar dulu.. haha.. saya tersenyum sendirian kerana kelas praktikal berenang di kolam mandi selalu saya ponteng, gara-gara segan memakai pakaian mandi yang ketika itu belum ada disediakan jenis muslimah! Hmmm... nasiblaa apabila keputusan bagi kursus itu saya hanya mampu meraih gred B sahaja..!
Semoga perjalanan pergi balik kami kali ini lancar dan selamat.. In shaa Allah.

Sebelum kami bergerak balik, kami sempat bergaya untuk foto kenangan kami di pelantar pengeringan rumpai laut yang diusahakan ini.

Pada masa foto ini diambil, saya yang bertubuh besar ini selalu mengambil posisi di belakang kawan-kawan lain. Hahaha... begitulah nasib bila obes, kita akan sentiasa kelihatan ketara besarnya dari kawan-kawan lain bila foto dihasilkan..! Apa-apa pun perjalanan ke projek rumpai laut ini memang mampu mencatatkan memori perjalanan indah buat saya.


Manalagi @ KakNa : +6010 407 6597
Setibanya kami di kawasan projek tanaman rumpai laut, bot dihentikan dan kami berapung sambil berpeluang mengambil gambar dan melihat sendiri tanaman rumpai laut yang diusahakan.
Khabarnya projek tanaman rumpai laut ini diusahakan oleh satu keluarga yang tinggal di rumah pelantar di dalam kawasan tanaman berkenaan. Mungkin sekali sekala keluarga ini pulang ke tanah besar untuk mendapatkan keperluan makanan dan lain-lain.


Saya masukkan juga beberapa keping foto bagaimana rupa rumpai laut yang separa kering untuk kita kongsi melihatnya secara dekat. Cantikkan warnanyer? Hijau keunguan..
Kelihatan botol-botol air mineral kosong yang digunakan sebagai pengapung bagi tali sidaian rumpai laut. Memang bak saujana mata memandang, barisan tali dan botol pengapung berada penuh meluas di pandangan mata di sekitar bot yang kami naiki.
Kami juga dipelawa melihat pelantar di mana mereka gunakan untuk mengeringkan rumpai laut yang telah dituai. Proses pengeringan dan penyimpanan yang baik adalah di antara proses asas dalam melengkapkan penyediaan rumpai laut kering untuk proses selanjutnya.
Wah! Boleh tahan panasnya suhu dan udara di atas pelantar ni..! Mahu kekeringan kita macam ikan kering kalau berada lama di sini.. Nasib baik bayu laut yang tak jemu berhembus, mampu sekali sekala memberi kenyamanan rasa kepada kami. Patutla pengusaha rumpai melakukan kerja-kerja pembersihan dan pengasingan rumpai laut di bawah teduhan...panasnya....alahai...
Sebelum kami bergerak balik, kami sempat bergaya untuk foto kenangan kami di pelantar pengeringan rumpai laut yang diusahakan ini.
Pada masa foto ini diambil, saya yang bertubuh besar ini selalu mengambil posisi di belakang kawan-kawan lain. Hahaha... begitulah nasib bila obes, kita akan sentiasa kelihatan ketara besarnya dari kawan-kawan lain bila foto dihasilkan..! Apa-apa pun perjalanan ke projek rumpai laut ini memang mampu mencatatkan memori perjalanan indah buat saya.
Pengajaran Yang Saya Dapati Dan Saya Giat MengubahNya!
Kesan dari mengimbas kembali foto-foto lama; saya bernekad untuk berusaha menguruskan badan dan menjalani gaya hidup sihat yang sebenar. Saya tak mahu lagi menyorok diri bila bergaya untuk rakaman foto bersama kawan-kawan. Saya ingin kembali langsing dan kelihatan tidak obes... Aduhai.. hahahaha....
Apa-apapun...
Saya tetap bersyukur kerana masih berupaya menjalani kehidupan aktif sebegini..! Seronoknyer melalui kehidupan sihat. Betul bukan kata-kata saya seperti mana tajuk catatan saya?
Hidup Sihat Memang Seronok.... Alhamdulillah...
Apa-apapun...
Saya tetap bersyukur kerana masih berupaya menjalani kehidupan aktif sebegini..! Seronoknyer melalui kehidupan sihat. Betul bukan kata-kata saya seperti mana tajuk catatan saya?
Hidup Sihat Memang Seronok.... Alhamdulillah...
JOM KITA MINUM metaBURN+ Green Coffee...
Pada masa catatan ini saya coretkan.. saya sudah berjaya turunkan berat badan saya sebanyak 7 kg!
Saya masih sedang giat untuk turunkan berat badan saya agar mampu mencapai berat ideal saya.. semoga usaha saya berjaya.. in shaa Allah!
Sedikit perkongsiaan tentang Kopi Hijau metaBURN+
Setiap pagi kopi hijau ini sudah menjadi rutin sarapan saya. Rasanya memang sedap dan saya seronok kerana ianya mudah disediakan malah ianya dibungkus di dalam campuran 3 dalam 1 yang memudahkan saya membawanya ke mana-mana.
Ayuh mencuba dan lihat hasilnya yang mengujakan! TERBAIK....
Minat untuk minum Kopi Hijau dan sihat?
Whatsapp saya :
Manalagi @ KakNa : +6010 407 6597
Saya uruskan penghantaran segera melalui Pos..!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan