Hai...!
Sejak akhir-akhir ini saya memang teruja melihat banyak iklan dan pengakuan tentang kejayaan lelaki dan wanita menguruskan badan dan mencapai berat unggul masing-masing dengan hanya meminum Kopi Hijau..!
Saya juga tidak ketinggalan mendapatkan sebanyak mana mungkin maklumat mengenai Kopi Hijau setelah sebelum ini bermacam-macam cara dan ubatan saya ambil demi usaha membuang sebahagian lemak yang membuat badan saya kelihatan seperti di pam-pam ini! Iyalah...semakin hari semakin bulat dan besar...alahai....
Maklumat kopi hijau dari beberapa blog dan iklan telah membuatkan saya terfikir untuk mencuba.. manalah tahu kan kali ini kot-kot serasi dengan pemakanan dan kegemaran saya.
Berkenalan dengan seorang pengusaha Kopi Hijau berjaya di Malaysia iaitu Puan Ross Safina Hor dari Pulau Pinang ibarat pepatah lama; Pucuk Dicita Ulam Yang Tiba...kepada saya.
Puan Ross ialah seorang yang periang, berfikiran terbuka dan mesra. Penampilannya yang menarik dan gaya bahasa yang santun memang memikat hati saya untuk mendekati wanita anggun ini dan mendapatkan lebih banyak maklumat tentang kelebihan kopi hijau keluaran syarikatnya.
'metaBURN+ Green Coffee' itulah jenama kopi hijau rumusan 3 dalam 1 yang sedap diminum dan mudah disediakan. Malah kopi campuran ini juga mudah untuk dibawa kemana-mana kerana dibungkus dalam pek ringkas.
Kopi Hijau Campuran 3 dalam 1 ini telah mendapat pengiktirafan ISO 9001 : 2008 dan ISO 22000 : 2005. Ini menunjukkan Puan Ross sangat mengambil berat kualiti Kopi Hijau keluaran syarikatnya. Begitu juga dengan Sijil Halal JAKIM. metaBURN+ Green Coffee ini juga telah mendapat pengiktirafan halal dan ini menguatkan keyakinan saya bahawa kopi hijau metaBURN+ ini terbukti pemprosesannya bersih dan suci mematuhi syarak.
Alhamdulillah dengan bimbingan dan nasihat Puan Ross, kini saya telah berjaya mengurangkan berat badan saya melebihi 7 kg setelah meminum kopi hijau ini selama 5 bulan. Mungkin ramai yang ketawa kerana saya mengambil tempoh masa yang agak panjang berbanding orang lain dalam mengurangkan berat badan. Sebenarnya saya sebelum ini merana dengan gastrik. Apa pun jenis diet yang saya jalani juga pengambilan ubat dan makanan tambahan bertujuan mengurngkan berat badan; semuanya gagal kerana masalah gastrik saya. Cuma kali ini saya berjaya menserasikan sistem badan saya menerima kopi hijau ini bagi kegunaan diet saya... Ianya kejayaan buat saya sebenarnya. Syukur Ya Allah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan